Ibuyati mahu polis siasat Tun M, Kamal Ashnawi. Kes kehilangan wan melebihi RM11 trilion

Wartawan bebas yang dikenali sebagai Ibuyati telah membuat empat laporan polis dan tiga daripada mengenai kekayaan luar biasa keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Ibuyati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias juga membuat laporan polis mengenai kehilangan wang atas penama Kamal Ashnawi yang didakwa melebihi RM11 trilion.

Laporan dibuat di Balai Polis Wangsa Maju.

Menurut Ibuyati, dua kategori laporan polis dibuat iaitu mengenai orang yang mendakwa duitnya hilang secara luar biasa dan satu lagi mengenai orang yang didakwa mempunyai kekayaan luar biasa.



“Menjadi persoalan adakah keduanya ini saling berkait? Itu yang saya minta polis siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ibuyati, dia membuat laporan polis juga bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyiasat sekiranya ada kesalahan jenayah mengenainya.

Menurutnya, jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara 72 tahun dan didenda RM210 juta kerana ada RM42 juta dalam akaun perbadinya tindakan yang sama juga perlu dibuat sekiranya benar ada pemimpin lain yang ada sejumlah wang dalam akaunnya sebelum ini.

“Anehnya, kenapakah orang yang dilaporkan ada kekayaan luar biasa RM100 bilion ini tidak ditangkap atau disiasat polis?



“Ianya bukan rahsia lagi, sudah menjadi perdebatan awam dan dilapor media sekian lama.

“Malah ada dalam kalangan keluarga bilionair seperti Tengku Mahkota Johor, anakanda Sultan Johor sendiri mempersoalkan dari mana punca kekayaan keluarga Mahathir.

“Puluhan artikel mengenai kekayaan luar biasa Mahathir turut tidak dipadam, diturunkan, dinafikan atau dikategori sebagai berita palsu sejak bertahun-tahun lamanya yang menimbulkan hipotesis ia adalah berita benar dan boleh dijadikan asas perundangan,” katanya.

Menurut Ibuyati, semakan di komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan daripada 32 juta rakyat Malaysia, beliau adalah orang pertama yang membuat laporan polis terhadap Mahathir berkenaan isu berkenaan.



Dalam pada itu, Ibuyati juga orang pertama membuat laporan polis mengenai kehilangan wang Kamal Ashnawi yang heboh diperkatakan sebelum ini sebagai wang untuk orang Melayu dari Dana Nusantara.

Merujuk laporan polis mengenai Kamal Ashnawi pula, Ibuyati berkata, ini adalah satu kehilangan wang yang paling besar dalam sejarah dunia iaitu lebih RM11 trilion.

“Sebenarnya ada banyak lagi laporan polis yang akan dibuat terhadap untuk negara. Fardhu kifayah saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat, biar semua rakyat tahu,” dakwanya.- MalaysiaGazette

Seperti yang diceritakan wartawan PHILIP GOLINGAI Terjemahan dari entry asalThe Star – Berikut sedikit fakta ringkas mengenai Kamal Ashnawi aka Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo trillionaire Malaysia..atau manusia terkaya di dunia dengan aset RM20trilion..siapa Kamal Ashnawi dan bagaimana dia memiliki RM20Trilion.



Beliau seorang warganegara Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim dan mendakwa beliau adalah keturunan Maharaja China dan keturunan beliau dikaitkan dengan keluarga diraja di India, Jawa dan Siam. MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker