Azmin sah masuk PPBM

Share

Mohamed Azmin Ali secara rasmi menghantar borang keahlian untuk menyertai PPBM hari ini.

Bekas timbalan presiden PKR itu diberikan kad keahlian oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden PPBM.

Penyertaaan bekas pemimpin PKR ke dalam PPBM akan menjadikan parti itu blok yang mempunyai bilangan ahli Parlimen terbesar, kata Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali itu akan menjadi kekuatan kepada PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Hari ini kita harus pilih 1 wadah politik untuk masuk ke gelanggang membantu parti PPBM supaya PPBM menjadi parti dengan komponen ahli Parlimen terbesar.

“Dengan adanya bangsa Cina, India Melayu, Iban, dan Kadazan ini peluang PPBM tambah kerusi ahli Parlimen pada pilian raya umun akan datang. Ini menjadi kekuatan pada kita,” katanya ketika berucap di Kongres Negara “Bersatu untuk Malaysia” hari ini.

Leave a Reply