8 kes baharu Covid-19 hari ini

Share

Sebanyak 8 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 4 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 3 kes adalah import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 5 penularan tempatan.

Sehingga kini, 8 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 4 memerlukan bantuan pernafasan.


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat lapan kes baru Covid-19 hari ini, dengan lima daripadanya merupakan kes penularan tempatan.

Kelima-lima kes itu melibatkan warga Malaysia daripada kluster Tawar di Kedah, menjadikan jumlah kes daripada kluster itu kepada 63 kes.

Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini telah melakukan 2,942 ujian saringan dalam kluster itu – kebanyakannya penduduk di Kedah dan Pulau Pinang – dengan 2,670 orang didapati negatif.


Di Kedah, seramai 52 orang disahkan positif dengan 135 lagi masih menunggu keputusan, manakala di Pulau Pinang sramai 11 positif dan 63 masih menunggu keputusan.

Tiga lagi kes penularan tempatan melibatkan warga asing, masing-masing di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Leave a Reply