KENAPA ARMADA KENA BOO

Memang tidak cantik wakil ARMADA PPBM kena “boo” di Majlis pelancaran jentera Pemuda BN PRK DUN Slim.

Apatah lagi TS Muhyiddin Yassin telah umum, PPBM akan sertai Muafakat Nasional.

Tetapi kenapa kena “boo”? Mesti ada sebab musabab.

Sebenarnya mereka meluat melihat pemimpin muda PPBM suka lepas cakap dan show off.



Tingkah laku beberapa pemimpin muda PPBM itu boleh menjejaskan imej kerajaan PN.

Contohnya, Timbalan Menteri KBS, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Semasa berkempen jawatan Ketua Armada PPBM, UMNO jadi “punching bag” beliau.

Dia juga dicemuh kerana berjanji gunakan jawatan untuk bantu kawan kawan. “Itu gunanya jawatan” dakwa Wan Fayshal.



Tetapi “untuk bantu kalian, bantulah saya juga. Menangkan saya. Undilah saya calon Ketua Armada nombor 01” mintanya.

Itu bukan rasuah? Yang lucunya, Wan Fayshal dakwa, Bersatu adalah parti keberkatan. Sebab itu dalam tempoh 3 tahun PPBM dapat dua Perdana Menteri.

Tahniahlah dia menang juga Ketua Armada. Semoga dia menang kerana keberkatan.

Peliknya, dia mengaku kekuatan PPBM bergantung kepada populariti Muhyiddin. Bermakna PPBM bukan parti akar umbi.



Kalau begitu bolehkah Bersatu bertahan lama? Apa guna dapat 2 PM kalau cawangan boleh dikira dengan jari. Mana keberkatannya.

Seorang lagi ialah Ridhwan Nordin. Ketua Armada Tanah Merah. Dia viral fotonya naik pesawat TUDM bersama YB Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.

Tujuannya ialah untuk berkempen pemilihan parti PPBM.

Semua itu menjejaskan imej kerajaan PN. Sebab itu kena boo.



Jangan kerana “nila setitik rosak susu sebelanga”. Kena boo dalam majlis BN ok lagi. Jangan nanti rakyat yang “boo”.

Hilang keberkatan.

Dr Puad Zarkashi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker