Saya terima pandangan semua tapi Umno perlu terus mara, kata Bung Moktar

Pengerusi Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata, beliau sedia menerima pandangan daripada semua pihak namun menegaskan Umno perlu terus mara.

Katanya, beliau akan terus menggerakkan jentera Umno dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang kerana ia adalah misi beliau sebagai ketua.

“Tiada apa yang saya mahu cakap ketika ini, kerana saya baru sampai dan saya ada mesyuarat.

“Kita terima dan hargai semua pandangan namun apa yang penting, Umno harus ‘move forward’,” katanya ketika ditemui selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.



Ketibaan ahli Parlimen Kinabatangan itu turut disambut ratusan penyokongnya yang melaungkan ‘hidup Bung’ berulang kali.

Malam tadi, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan bersama 11 pemimpin parti itu di Sabah membantah keputusan pelantikan Bung sebagai ketua jentera PRN BN.

Bantahan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Bung. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker