#Covid-19 : 7 kes baru hari ini

Sebanyak 7 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dan 26 pesakit disahkan sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 3 adalah kes penularan dalam negara dan 4 kes import.

“Antara kes tempatan melibatkan 2 daripada kluster Tawar dan 1 kes kluster Sala.

“Tiada kematian baru dilaporkan,” katanya hari ini.



Jumlah kematian kekal 125 orang.

Sementara itu, 8 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 2 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 9,219 kes Covid-19 dengan 8,902 daripadanya sembuh.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker