Suami tumbuk jerung untuk bebaskan isteri dari dibaham jerung

Share

Seorang lelaki bertindak melompat ke atas badan ikan jerung putih dan menumbuknya dalam usaha untuk menyelamatkan isterinya yang diserang spesis itu di pantai Port Macquarie, New South Wales, Australia.

The Sydney Morning Herald melaporkan Chantelle Doyle, 35, diserang oleh ikan paus sepanjang 2 hingga 3 meter ketika sedang melakukan aktiviti meluncur di pantai Shelly .

Wanita itu cedera parah di kaki kanannya.


Akhbar itu memetik kenyataan Ketua Eksekutif Surf Life Saving NSW, Steven Pearce yang memaklumkan suami Doyle melompat dari papan luncurnya dan menuju ke arah jerung.

”Lelaki itu melompat dari papan luncur ke atas jerung dan memukulnya untuk membebaskan Doyle. Dia kemudian membantu isterinya ke pantai,” kata Pearce.

The Herald, yang tidak menyebut nama suaminya, mengatakan Doyle dirawat di tempat kejadian oleh orang ramai dan paramedik sebelum diterbangkan ke hospital.


Mangsa dalam keadaan stabil.

Pantai di kawasan Port Macquarie kini ditutup selepas kejadian itu, kata Surf Life Saving NSW dalam satu kenyataan, sambil menambah pihaknya melakukan pengawasan pesisir di kawasan itu untuk membantu mengesan jerung berkenaan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply