Derma Solidariti Guan Eng, LHDN “take note please”

Share

DERMA SOLIDARITI SETIAUSAHA AGUNG DAP DIKENAKAN CUKAI ATAU TIDAK?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdepan pertuduhan menerima suapan dari projek pembinaan terowong dasar laut yang menelan kos RM6.3billion di bawah Akta SPRM. Sehubungan itu Democratic Action Party (DAP) telah melancarkan Tabung Solidariti bagi mengutip wang untuk membayar jaminan sebanyak RM1 juta yang dikenakan terhadap Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Jumlah derma yang telah terhimpun dikatakan sudah mencecah RM2.9 juta melebihi dari jumlah jaminan yang dikenakan terhadap Guan Eng. Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dari DAP mengenai perkara tersebut tetapi sepatutnya jumlah wang yang diterima perlu diisytiharkan oleh parti berkenaan. Persoalan yang berbangkit adakah wang tersebut tidak dikenakan cukai atau boleh dikategorikan sebagai derma politik dan tiada sebarang kesalahan bagi DAP menerima derma tersebut? Perkara ini perlu diperjelaskan memandangkan jumlah yang diterima sangat besar dan melebihi keperluan sepatutnya. Adakah derma ini akan digunakan sebagai jaminan untuk Setiausaha Agung DAP sahaja atau melibatkan persediaan wang jaminan untuk isteri Ahli Parlimen Bagan sekali yang turut didakwa di Mahkamah di bawah Akta SPRM bagi penggubahan wang haram?


Menurut pertuduhan SPRM, Betty didakwa menerima sejumlah wang bagi khidmat syarikatnya Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Jika dihitung semua jumlah yang diterima oleh syarikat berkenaan, transaksi yang berlaku melibatkan angka yang cukup besar dan memerlukan jumlah wang jaminan yang banyak tetapi bagaimana pula dengan jumlah aset yang dikumpul pemimpin DAP terutama Setiausaha Agung DAP? Derma yang DAP minta nampak kecil tetapi difahamkan turut mendapat derma dalam skala besar mencecah ribuan ringgit. Adakah derma ini akan menjadi seperti derma ‘Tabung Harapan’ yang ditubuhkan Pakatan Harapan kononnya bagi membayar hutang negara tetapi rekod menunjukkan hutang negara meningkat sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan.

Elemen simpati dengan mengalihkan dakwaan SPRM sebagai bermotifkan politik merupakan ‘Forte’ DAP. Kepakaran propaganda DAP bagi membuat rakyat yakin semua pertuduhan terhadap pemimpin DAP telah dimainkan dalam media termasuk TV3. Menggunakan tajuk yang mengelirukan menimbulkan persoalan adakah TV3 menerima arahan dari pihak tertentu untuk penggunaan tajuk berkaitan kes Betty atau sengaja mencari sensasi berita? My-TV.Online


Leave a Reply