CAMPUR TANGAN TUN M, GUAN ENG DALAM KES BERKAITAN 1MDB [Video]

Share

Oleh Lau Chin Kok

Kata peribahasa Melayu “bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru”. Peribahasa ini sangat bertepatan dengan apa yang berlaku semalam dalam parlimen.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan mengemparkan dewan rakyat dengan membongkarkan salinan surat yang jelas menunjukkan campur tangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas peguam negara Tommy Thomas mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tan Sri Soon Peng (SP Lim) sebelum ini didapati telah terlibat dalam pengubalan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4juta. Apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Hal ini didedahkan oleh Takiyuddin dalam perbahasannya mengulung usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat.

Menurut Takiyuddin surat dari peguam TS Soon Peng ini telah diminitkan oleh Tun Dr. Mahathir (PM ketika itu) yang berbunyi “‘saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng)”.


“Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop Perdana Menteri Malaysia,”

Tidak cukup dengan itu, surat itu juga diminitkan sekali lagi oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh perdana menteri.

Tommy kemudian membalas surat kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.


Jelas sekali sikap “double standard” pemimpin Pakatan Harapan mencampuri urusan perundangan negara dalam kes ini, dan bagaimana pula Menteri Kewangan boleh beri “arahan” kepada SPRM untuk individu yang ada kes 1MDB ?

Dengan begitu mudah sekali mereka melepaskan individu yang mempunyai kepentingan kepada mereka. Jadi segala cerita tentang pentadbiran telus dan penuh integriti ini hanyalah omongan kosong PAKATAN HARAPAN.

Saya percaya masih ada banyak lagi cerita yang rakyat tidak tahu tentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan demi mencapai agenda kotor mereka.

Leave a Reply