Perkukuh Muafakat Nasional, pertahan kerajaan PN, PAS senada dengan Umno

PAS senada dengan Umno untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersetuju dengan penegasan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan terus menyokong kerajaan sedia ada.

“PAS yakin kepimpinan yang diterajui bersama oleh parti yang mendukung PN akan terus memberikan perkhidmatan terbaik di samping mengemukakan tawaran baru yang lebih bermanfaat kepada semua rakyat pelbagai kaum tanpa kecuali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Umno tidak menyertai PN sebaliknya akan memperkasakan MN bersama PAS dan komponen BN.



Beliau pada masa sama menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM untuk memperkukuhkan lagi kerjasama itu demi kepentingan rakyat dan negara. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker