Dap pecat Adun sokong Musa Aman

DAP memecat keanggotaan Ronnie Loh Ee Eng, ahli yang dicalonkan dalam DUN Sabah, kerana mengisytiharkan sokongan kepada Musa Aman.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Chong Chieng Jen.

“Loh dipecat atas dasar berpaling tadah daripada DAP untuk menyokong gabungan Perikatan Nasional di Sabah dengan tujuan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

“Pemecatan berkuat kuasa serta merta. Dengan itu dia juga dipecat daripada semua jawatan dalam parti,” katanya dalam kenyataan. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker