Presiden Belarus sah dijangkiti selepas dakwa sauna, vodka mampu elak COVID-19 · MYKMU.NET

Presiden Belarus sah dijangkiti selepas dakwa sauna, vodka mampu elak COVID-19

Share

Presiden Belarus Alexander Lukashenko yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan amalan sauna dan minum vodka bagi mengelak terkena COVID-19 disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Lukashenko sebelum ini mendakwa ‘kebal’ daripada jangkitan virus berbahaya itu kerana mengamalkan minum 50ml vodka setiap hari dan melakukan sauna secara kerap.

Selain itu, beliau juga menggalakkan rakyat sentiasa melakukan aktiviti sukan kerana percaya ia akan membuatkan mereka lebih sihat dan mampu melawan jangkitan.

Malah, Lukashenko sendiri masih meneruskan aktiviti bermain hoki ais bagi membuktikan dirinya kebal daripada jangkitan COVID-19.

Lukashenko pernah dipetik berkata tiada rakyatnya yang akan mati di negara itu kerana COVID-19.

Ketika ini Belarus mencatatkan hampir 70,000 kes COVID-19 dan 543 kematian.

Walaupun dirinya sudah dijangkiti, Lukashenko masih berdegil dan enggan membatalkan acara sukan terbesar di negaranya serta turut menolak untuk mengadakan perintah berkurung.

Kritikan terhadap tindakannya semakin meningkat apabila beliau dilihat meletakkan rakyatnya dalam risiko jangkitan. Awani

Leave a Reply