Menteri Jangan Aniaya Pengguna Media Sosial

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa rakyat Malaysia perlu mendapatkan lesen atau kebenaran melakukan rakaman dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) walaupun untuk rakaman peribadi separti Instagram dan TikTok agak melucukan.

Saya tidak fikir tujuan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981, Seksyen 22 (1) digubal untuk menghalang rakyat biasa mengasah bakat kreativiti dan mengekspresi diri melalui video dalam media sosial.

Justeru adalah penting untuk Menteri dan Finas membezakan antara pengambaran filem dan dokumentari profesional dengan rakyat biasa yang membuat rakaman untuk akaun media sosial mereka.

Jika Menteri bertegas mahu semua yang membuat rakaman video untuk media sosial mempunyai lesen dan kebenaran dari Finas, maka harus ada prosedur yang mudah, pantas dan cepat dalam membuat permohonan secara dalam talian tanpa syarat yang ketat.



Zaman telah berubah maka kerajaan juga harus sedia membuat perubahan terutama membabitkan peraturan-peraturan lama. Lebih penting Menteri tidak harus menafsirkan undang-undang secara rigid sehingga menimbulkan kebencian rakyat khususnya anak-anak muda.

Datuk Nazir Husin Akhtar Husin
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Tititwangsa

Related Articles

One Comment

  1. Kerajaan komunis China pun tak buat undang2 begitu, Russia pun tidak. Adakah Saifuddin nak ikut Korea Utara?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker