Covid-19 : 16 kes dilaporkan hari ini

Sebanyak 16 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 4 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kes aktif terus meningkat daripada 130 orang kepada 142 pesakit yang sedang dirawat di seluruh negara setakat ini.

Jumlah kematian kekal 123 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 5 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,831 kes Covid-19 dengan 8,566 daripadanya sembuh. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker