Pelajar Tingkatan Tiga meninggal dunia selepas pengsan di sekolah

Share

Seorang pelajar Tingkatan Tiga meninggal dunia selepas pengsan ketika sesi persekolahan di Bandar Tun Razak di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan dikatakan rebah di dalam kelas dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamad Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Pelajar berkenaan sebelum ini dikatakan sihat sebelum pengsan secara tiba-tiba. Awani

Leave a Reply