Saya kehilangan sahabat sejati – Najib

Share

Saya telah kehilangan seorang sahabat.

Seorang sahabat sejati.

Sedih dan terkejut apabila saya terima panggilan tadi.

Dato’ Khusairi Abdul Talib, ADUN Slim dan Ketua Bahagian Tanjung Malim telah pulang ke rahmatullah.

Selama saya di UMNO, setiap perjuangan politik sama ada ketika susah atau senang, Allahyarham di sisi saya.

Allahyarham seorang ahli UMNO dan pemimpin yang disenangi ramai, ikhlas dalam perjuangan dan sentiasa prihatin kepada isu rakyat.

Saya ingat lagi Allahyarham juga mempunyai latar belakang media, pernah bertugas sebagai wartawan akhbar Watan dan Setiausaha Akhbar di Sabah, serta Pengerusi FINAS.

Satu kehilangan besar kepada saya, UMNO dan rakyat negeri Perak.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply