Krisis Covid-19 : PN Umpama Lilin Bakar Diri Menerangi Rakyat – Noh

15 JULAI: Ahli-ahli Parlimen yang menyertai Perikatan Nasional (PN) telah mengorbankan kepentingan politik masing-masing bagi menyelamatkan negara dan rakyat ketika tercetus krisis yang disebabkan oleh Pakatan Harapan (PH) serta pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen BN Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar meminta semua pihak berhenti melabelkan mereka sebagai pengkhianat.

“Pengorbanan kami di sini termasuk Pagoh (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan rakan-rakan kita ini.

“Mereka ini umpama sebatang lilin yang membakar diri mereka untuk menerangi rakyat.



“Bayangkan kalau keadaan politik kita kelam kabut dalam situasi dilanda COVID-19,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. PNBBC

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker