Kalau nak kelentong pun fikir dulu, kata Khalid Samad kepada Zuraida

Pilihan raya kerajaan tempatan: Khalid dakwa Zuraidah merapu di Parlimen

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraidah Kamarudin didakwa merapu di Dewan Rakyat apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokong cadangan pilihan raya kerajaan tempatan yang dikemukakan beliau dalam Kabinet Pakatan Harapan sebelum ini.

Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, apa yang berlaku adalah Zuraidah diberikan masa selama tiga tahun untuk memperhalusi tentang cadangan itu sebelum dibuat keputusan oleh Kabinet.

“Zuraidah kata persoalan pilihan raya kerajaan tempatan dibantah YB Langkawi (Tun Dr Mahathir) semasa kerajaan PH.



“Sedangkan pada masa itu sedang diperhalusi dan diminta tempoh 3 tahun sebelum dilaksana.

“Maka merapu apa ni?” tulis Ahli Parlimen Shah Alam itu menerusi twitternya selepas perkara itu dibangkitkan oleh Zuraidah di dalam Dewan Rakyat ketika menjawab soalan pagi ini selepas usaha beliau bertanya Zuraidah ditiolak.

Menurut Khalid, mana mungkin dikaji dan ditetapkan tiga tahun sebelum dilaksanakan kalau PM pada ketika itu membantahnya.

“Hakikatnya ianya sedang dikaji dan akan dikemukakan pada Kabinet mengambil kira isu-isu yang ditimbulkan.



“Kalau nak kelentongpun, fikir-fikir dulu. Habis ditempelak, termasuk Gombak,” kata Khalid merujuk kepada soalan seorang Ahli Parlimen yang bertanya “Adakah Gombak juga bantah?”.

Menurut Khalid, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dalam sessi pagi tadi bertanya mengenai bantahan Pas terhadap cadangan itu.

“Ini semua menggambarkan hubungan tak selesa antara parti-parti dalam PN.

“Tidur sebantal, mimpi lain-lain,” kata Khalid menerusi twitternya merujuk kepapad sikap berbeza antara Pas dan Zuraidah mengenai kerajaan tempatan kerana Pas sentiasa membantah cadangan itu. MalaysiaDateline



Nota : Khalid Samad perlu sedar kerajaan sudah bertukar. Yang mahukan sangat pilihan raya kerajaan tempatan ialah Dap dan Pakatan Harapan. Tiada komitmen lagi dari kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan. Semua sedar yang untung dengan adanya pilihan raya PBT ini ialah Dap.

Related Articles

One Comment

  1. Insya’allah MN akan menang besar nanti dalam PRU15, zuraida akan diganti maka bolehlah kita kuburkan hasrat dap nakkan pilihan raya kerajaan tempatan itu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker