Pokok durian 120 tahun tidak henti berbuah

Share
Ketinggian pokok durian sebesar dua pemeluk dewasa di perkampungan orang asli Kampung Melai ini dianggarkan mencecah 50 meter. (Kanan: Penduduk orang asli menunjukkan saiz perdu pokok durian sebesar dua pemeluk dewasa.)

PEKAN – Siapa sangka di perkampungan orang asli Kampung Melai di sini tersembunyi keunikan alam semula jadi iaitu pokok durian sebesar dua pemeluk dewasa yang dianggarkan berusia 120 tahun oleh penduduk.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Chu Betiyu berkata, pokok durian tersebut terletak di dalam kawasan kampung dan masih mengeluarkan buah.

Menurutnya, pokok itu akan mengeluarkan buah antara 200 ke 400 biji secara bermusim dan ia boleh dinikmati semua penduduk kampung.


“Pokok durian ini sudah tumbuh sebelum saya lahir lagi dan kini dianggarkan berusia 120 tahun. Pokok itu memang besar dan setiap kali berbuah, ia akan mengeluarkan buah antara 200 ke 400 biji.


Ukur lilit pokok durian melebihi 13 kaki.

“Saiz pokok 40 ke 50 inci dan tinggi pokok itu lebih 50 meter. Ada juga pokok temesu dan jelutong berusia ratusan tahun di sini yang terletak di sempadan Kampung Melai dan Tasik Chini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati pokok-pokok tersebut tumbuh di kawasan sekitar Kampung Melai dan mempunyai saiz luar biasa yang mungkin sukar ditemui di tempat lain.


 

Leave a Reply