Ketua Wanita Bersatu Terengganu didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu

Ketua Wanita Bersatu Terengganu didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu

Ketua Wanita Bersatu Terengganu, Roslilawati Mukhtar, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan program “Back To School” pada 2020.

Sinar Harian melaporkan pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu berusia 45 tahun itu membuat pengakuan di depan Hakim Mohd Azhar Othman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.



Dia didakwa dengan curangnya menggunakan sebagai tulen suatu dokumen, iaitu senarai nama 100 orang program “Back To School” bertarikh 17 Dis 2020 berjumlah RM5,000 yang mana tertuduh tahu dokumen itu palsu.

Roslilawati didakwa berbuat demikian di Ketengah Holding Sdn Bhd, Dungun pada 2020.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau dua bulan penjara, jika gagal membayar denda. FMT



Ketua Wanita Bersatu Terengganu didenda RM5,000 kemuka tuntutan palsu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker