Penyertaan PN: Pemimpin UMNO Jangan Ambil Mudah, Dapatkan Mandat Ahli Dalam PAU Khas

Pemimpin UMNO tidak boleh mengambil jalan mudah dalam menentukan penyertaan parti dalam Perikatan Nasional hanya berdasarkan keputusan biro politik dan Majlis Tertinggi semata-mata.

 

Keputusan sebesar ini untuk ‘mematikan’ Barisan Nasional (BN) harus dibawa ke Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi meluluskan penyertaan dalam ikatan politik baharu.

 

Jika ahli tidak bersetuju maka pemimpin UMNO tiada pilihan kecuali akur kekal dalam BN dan hanya bekerjasama dengan PN dalam bentuk pembahagian kerusi PRU.

 

Ab Jalil Backer

Penganalisis Politik

Leave a Reply