Saya perlu cari jalan lain untuk jadi PM – Mahathir

PETALING JAYA – Dengan penolakan PKR terhadap cadangan gandingan Mahathir-Anwar, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pengunduran daripada Pakatan Harapan + (PH+) selain tidak mahu lagi berbincang dengan PKR.

Walaupun menolak perundingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, Dr. Mahathir bagaimanapun akan mengekalkan hubungan kerjasama dengan DAP dan Amanah, dua parti PH yang menyokong beliau sebagai PM.

Apabila ditanya Sinchew Daily mengenai kemungkinan kerjasama dengan PKR, Dr. Mahathir dengan tegasnya berkata: “Tidak, saya rasa saya akan berundur.”

“Saya tidak mahu bekerjasama dengan beliau (Anwar) kerana beliau tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari  jalan lain untuk menjadi PM, mungkin ada lagi cara lain.



“Dengan cara ini, barulah saya dapat menumbangkan kerajaan dan PM pintu belakang,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu pada masa yang sama menolak tawaran sebagai Menteri Mentor.

“Berdasarkan pengalaman, mereka akan menolak pandangan saya apabila saya cuba memberi nasihat. Ia adalah seperti semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PM mahu menunjukkan penguasaan, oleh itu semua pandangan mesti dari dia sendiri. PM mahu meninggalkan legasi politik.“Mereka tidak akan bersetuju kalau legasi politik mereka adalah dari Mahathir,” katanya



MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker