Anwar bersedia lantik Mahathir jadi menteri kanan (Mentor Minister).

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

Anwar berkata beliau bersedia untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan atau “Mentor Minister” seperti Lee Kuan Yew sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa. Menurut Anwar, beliau terbuka untuk perbincangan.

Pada bulan Januari, 2020 lepas sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan beberapa ahli ekonomi ada mencadangkan supaya Mahathir meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri untuk memberi peluang kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri. Mereka juga mencadangkan agar Mahathir diberi jawatan sebagai Menteri Mentor.

Begitu pun ada di antara mereka berkata idea itu tidak akan berjaya kerana mengenali Mahathir, beliau tidak dapat terima sekiranya idea atau arahannya tidak didengar oleh orang lain. Pastinya akan berlaku lagi krisis – Mykmu.net



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker