Adakah Guan Eng bermimpi boleh dapatkan semula RM10b dari pembatalan ECRL ?

Menteri kewangan berkata yang kita akan mendapatkan kembali RM10 bilion dari pembatalan projek ECRL yang sudah 20 peratus siap.

Bagaimanapun, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah tempoh 20 tahun dari EXIM Bank China dan semua pembayaran RM19.6 bilion kepada CCCC setakat ini adalah terus daripada bank berkenaan.

Jika projek itu dibatalkan sekarang, EXIM Bank akan membatalkan pinjaman kita dan akan minta untuk mendapatkan kembali pinjaman itu serta-merta.

Oleh itu tidak mungkin Malaysia akan mendapat kembali RM10 bilion kerana ini akan dikembali kepada EXIM bank. Malahan, kita akan diminta membayar semula baki RM9.6 bilion lagi yang sudah dibayar EXIM Bank. Adakah kerajaan mengambil kira perkara ini dan menyediakan dana bagi membuat pembayaran ini?



Selama beberapa tahun, kerajaan hari ini menuduh projek ECRL menelan kos RM55 bilion adalah satu harga melampau dan mendakwa kos sebenar adalah hanya RM30 bilion. Saya telah meminta kerajaan untuk memberikan bukti dari mana datangnya RM30 bilion yang dikatakan kos sebenar itu. Bagi skop apa dan dari tahun berapa angka ini diperolehi?

Ketika kita buat keputusan untuk meneruskan projek ECRL, kita bukan sahaja melihat kepada impak manfaat ekonomi dan pembangunan ekonomi pantai timur secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat yang melangkaui kosnya, kita juga ambil kira impak manfaat dari hubungan dua hala dengan China termasuk peningkatan eksport minyak kelapa sawit selain barangan lain ke China.

Manfaat dan kesan kepada ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada satu projek sahaja.

Kita juga mengambil kira pertumbuhan pelancong China ke Malaysia dan wang yang dibawa untuk berbelanja di negara ini. Sebagai contoh, pada tahun lalu, pelancong China membawa masuk RM13 bilion secara langsung ke dalam negara ini.



Bagaimanapun, terdapat penyusutan 35 peratus baru-baru ini bagi ketibaan pelancong China dan ini mungkin disebabkan hubungan kita semakin dingin dengan negara itu.

Pada masa sama, kedatangan pelancong China bagi Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan beberapa negara di rantau ini meningkat ketika cuti ‘Golden Week’ manakala angka bagi negara kita menurun.

Mengapa kita kerugian pada ketika negara lain mendapat manfaat?

FB Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker