Sepanjang Jadi PM, Najib Belum Pernah Dimaki Kerana Tak Laksana Janji

Mungkin ada orang merasa, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri paling banyak dikritik dalam sejarah negara ini.

Ini pandangan budak-budak sebab dia tak hidup zaman bekas-bekas PM yang sebelum Najib.  Kurang-kurang, takde siapa mengeluarkan buku bertajuk “Taik” yang ditujukan semata-mata kepada Najib.  Ingat, maki pakai buku jauh lebih susah.

Buat buku tahu sajalah, bukan kerja senang. Tulis buku tu dah satu hal, kemudian nak kena cari penerbit, nak kena cari pengilang, pengedar dan sebagainya.  Itupun ada orang buat.

Yang kita nampak macam teruk sangat Najib ini, sebab ada media sosial.  Yang dulu-dulu tu sebab takde media sosial, pun ramai rakyat tahu dia kena maki selalu.



Apa pun, ramai orang terlupa bahawa yang maki Najib dulu adalah kerana termakan fitnah yang dilemparkan kepada dia – BUKAN SEBAB NAJIB TIDAK MENUNAIKAN JANJINYA.

Tidak ada siapa memaki Najib kerana tidak melaksanakan janji, pilihanraya baik, bajet baik.  Balik balik yang diulang bila memaki Najib ialah tentang SatuMDB, Altantunya, Rosmah dan sebagainya – semua cerita fitnah yang menyasarkan peribadi beliau.

Fitnah dari segi tuduh pencuri, penyamun, perompak dan sebagainya tapi bila ada kuasa mendakwa Najib, tak satu pun dari banyak pertuduhan yang dikenakan (setakat ini) adalah tentang menyamun dan mencuri, itu yang pelik.

Padahal dulu bukan main kau, kalau tuduh curi tu, main billion saja, takde lebih rendah dari itu.



Maki pasal berjanji, pasal melaksanakan janji, pasal pembangunan, hampir tidak ada.  Kita tak kata takde terus sebab orang kalau tak puas hati, letak emas atas kepala dia pun masih tak puas hati jugak, tapi kurang-kurang, takdelah sejarah dimana Najib kena maki dengan drebar teksi dalam acara rasmi.

Itulah Najib masa jadi Perdana Menteri.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker