Mahathir akhirnya menerima pemikiran aliran sosialisme, liberalisme.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, dalam keadaan tertentu, kerajaan berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam PH.

“Saya sedar idea saya terpaksa disesuaikan dengan fikiran mereka (parti dalam PH)… ada mirip pemikiran sosialisme… ada liberalisme.

“Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.

Program itu dikendalikan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

sumber BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker