Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober

Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober

Purata lebih 10 kanak-kanak Palestin kehilangan satu atau kedua-dua kaki mereka pada setiap hari sejak tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, kata badan amal Save the Children.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata lebih 1,000 kanak-kanak di Gaza mengalami amputasi pada satu atau kedua-dua kaki mereka dalam tempoh itu, lapor Agensi Berita Iran IRNA.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), konflik di Gaza menyebabkan sistem penjagaan kesihatan di wilayah itu terjejas teruk, menyumbang kepada kekurangan doktor, jururawat, bekalan ubat-ubatan yang penting seperti ubat bius dan antibiotik.

Ini mengakibatkan banyak pembedahan ke atas kanak-kanak terpaksa dilakukan tanpa bius.

WHO berkata walaupun 13 daripada 36 hospital di Gaza kekal berfungsi sebahagiannya, kemudahan itu hanya boleh beroperasi secara berkala.

Selain itu, sembilan hospital di selatan Gaza yang sebahagiannya berfungsi terpaksa beroperasi tiga kali ganda melebihi kapasiti mereka.



Pengarah Negara Save the Children di wilayah Palestin yang diduduki, Jason Lee, berkata penderitaan kanak-kanak dalam konflik itu sukar dibayangkan, sambil menyatakan ia tidak perlu dan boleh dielakkan sepenuhnya.

“Hanya gencatan senjata akan menamatkan pembunuhan dan mencacatkan anggota badan orang awam serta membenarkan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan, termasuk ubat-ubatan kritikal untuk kanak-kanak yang cedera, pada skala dan lokasi yang diperlukan,” katanya. BH

Lebih 10 kanak-kanak di Gaza kudung setiap hari sejak 7 Oktober

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker