Pilihanraya Mengejut Untuk Mandat Baru? Kami Rakyat Setuju

Majoriti rakyat Malaysia amnya sudah muak dengan drama politik tanah air yang melibatkan dinosor politik yang masih tidak pupus dan mahu kekal untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Drama ini nampaknya tidak berkesudahan dalam masa terdekat ini sedikit sebanyak bukan sahaja mengganggu urusan pemulihan pendemik covid 19 malah memberi kesan yang bruk kepada pertumbuhan ekonomi.

Dengan ketidaktentuan politik di Malaysia ini para pelabur kebanyakannya akan lebih berhati – hati malah tidak mahu mengambil risiko kerana takut pertukaran kerajaan ini akan melibatkan perubahan dari segi dasar dan polisi kerajaan.

Hanya satu rakyat harapkan agar SPR benar – benar bersedia utnuk menghadapi PRU15 jika benar ianya mahu dilakukan di dalam kedaaan Pendemik Covid 19 ini.

Berikut adalah laporan berkaitan dengan Mandat Baru seperti yang dilaporkan oleh akhbar dalam talian;-



 

Dengan Bersatu kian stabil, Muhyiddin kini mahu dapat mandat baru

Dengan isu pertukaran kerajaan secara ‘mengejut’ awal tahun ini tampak kian reda, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang menimbang bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya.

Perkara itu dilaporkan Straits Times Singapura yang memetik sumber, bahawa presiden Bersatu itu telah bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya mengejut paling awal tahun ini.

Sekiranya ia berlaku, negara mungkin akan menyaksikan pilihan raya pertama PN menentang Pakatan Harapan, andainya gabungan pembangkang masih kukuh pada masa itu.



Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman mengesahkan bahawa Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk mengadakan pilihan raya mengejut dalam mesyuarat MPT pada 4 Jun lalu.

“Dalam mesyuarat itu memang Muhyiddin menyatakan setelah keadaan menjadi stabil, dia berhasrat untuk mengadakan PRU secepat mungkin…Kita pun tidak mahu lagi dituduh tiada mandat rakyat.

“Jadi beliau memang berhajat begitu. Tapi tidak dibincangkan bila (mahu mengadakan pilihan raya).

“Tapi memang berhajat nak buat PRU secepat mungkin jika keadaan telah stabil, sama ada keadaan negara ataupun dalam parti,” katanya kepada Malaysiakini.



Muhammad Faiz Na’aman
Katanya lagi, walaupun Muhyiddin tidak menyebutkan tentang garis masa untuk PRU, mesyuarat MPT menyambut baik rancangan itu dan melihatnya sebagai cara untuk menyelesaikan konflik dalaman Bersatu.

Sejak PN mengambil alih kerajaan pada awal Mac lalu, Bersatu berpecah dua dengan majoriti ahli Parlimen parti dan anggota dewan tertinggi menyokong Muhyiddin sementara kumpulan yang lebih kecil berpihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dan beberapa pemimpin parti yang menyokongnya telah dipecat dari Bersatu tetapi mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

Bagaimanapun, satu cabaran besar bagi Muhyiddin, yang telah menjadi subjek pendebatan, adalah soal pembahagian kerusi dengan sekutunya dalam PN, iaitu Umno dan PAS.



Dalam PRU lalu, Bersatu dan Umno bertembung di lebih 48 kerusi Parlimen, dan Bersatu hanya menang 13 daripadanya.

Bersatu kemudian menarik 16 anggota Parlimen dari Umno dan 10 dari PKR.

Meskipun masih awal untuk melihat sama ada Bersatu akan dibenarkan menuntut semua 39 kerusi yang dipegangnya jika pilihan raya mengejut berlaku, Faiz percaya isu tersebut dapat diuruskan apabila PN menjadi satu gabungan rasmi.

“Memang sasaran kita (untuk jadikan PN gabungan rasmi) tahun ini. Memang hendak dipercepatkan dan mereka sedang bincang. Saya difahamkan perbincangan termasuk pengagihan kerusi juga,” katanya lagi.



Namun Faiz berkata mereka belum dimaklumkan status terbaru berhubung perkara itu.

“Apa yang saya tahu kepimpinan Umno bertemu dgn Muhyiddin pada 7 Jun tapi kami tidak diberitahu hasil mesyuarat itu,” katanya.

Menurut laporan Straits Times semalam, pertemuan tersebut menyaksikan pemimpin Bersatu dan Umno setuju untuk membentuk “jawatankuasa teknikal” mengenai pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi memberitahu Malaysiakini bahawa laporan mengenai kewujudan “jawatankuasa teknikal” tidak benar.



Setakat ini, Umno berada dalam dalam dua gabungan, iaitu BN bersama-sama MCA dan MIC serta Muafakat Nasional dengan PAS.

Pada 2018, Umno dan PAS bertembung di 105 kerusi Parlimen, dan PAS juga bertembung dengan parti komponen BN lain melebihi 49 kerusi.

Umno dan PAS telah berjanji untuk tidak lagi bertanding di kerusi sama dalam pilihan raya akan datang. Dengan kemasukan Bersatu dalam isu ini, peruntukan kerusi dalam PN menjadi satu perkara yang menarik untuk diperhatikan.

MKini

Related Articles

One Comment

  1. YAB TSMY yg saya sanjungi dan hormati.Tak perlu YAB pening pening melayan hentajan politik snrg.Bubar parlimen dan buat PRU segera.Kami sokong parti YAB.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker