Bil TNB, Jangan Tambah Beban Rakyat Kata Zahid

Terkini di My KMU !!!!---->

Kenaikan bil elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) semakin meresahkan masyarakat di negara ini.

Menurut Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan rakyat berhubung perkara ini.

“Menerima banyak rungutan dan aduan dari rakyat beberapa hari ini berkaitan rasa tidak puas hati setelah menerima bil TNB yang dilihat ‘tinggi’ sama ada di kawasan perumahan mahupun bangunan komersial.

“Kita semua sedia maklum sumbangan besar yang pihak TNB berikan kepada kita semua dan negara selama menghadapi tempoh PKP akibat wabak Covid-19. Terima kasih TNB.

“Walaupun sudah ada penjelasan dari TNB tetapi ianya masih tidak cukup untuk memenuhi kegelisahan rakyat. Penjelasan perlu diteruskan dengan lebih mudah atau tindakan penghantaran tiga bil bulanan yang dilihat lebih rendah dan difahami. Apa sahaja bagi meredakan isu ini,” uajrnya melalui satu kenyataan di laman Facebook sebetar tadi.

Menurut Zahid TNB selaku penyedia tunggal perlu segera menyelesaikan isu ini bagi mengelakkan rakyat rasa dipermainkan.

“Jangan kerana kita sudah menjadi kerajaan, rakyat melihat mereka mahu dipermainkan. Ini sudah tentu bukan hasrat kerajaan sekarang. Jangan kita tambah bebanan rakyat yang sedang mengalami kesulitan ketika ini.

“Namun rakyat juga harus faham, tugas dan bebanan yang dihadapi oleh TNB selaku penyedia tunggal bekalan elektrik di dalam negara ini. Jangan ada prasangka bahawa TNB mahu kenakan mereka. Jauh sekali mahu aniaya mereka.

“Marilah kita selesai isu ini segera. Bahkan saya yakin rakyat pasti akan berkorban untuk negara jika kita berlaku adil kepada mereka. Jika kena caranya, rakyat amat memahami, begitulah sebaliknya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial rungutan pengguna yang antara lain meminta penjelasan TNB berhubung bil elektrik yang dikatakan melambung tinggi dalam tempoh PKP.

Malah kerajaan turut dilaporkan memperuntukkan RM500 juta bagi pelaksanaan diskaun bil elektrik selama enam bermula April berikutan wabak koronavirus (Covid-19) antaranya diskaun bil elektrik secara berperingkat antara 15 hingga 50 peratus membabitkan 3.3 juta pengguna di seluruh negara.

Suara.tv

2 thoughts on “Bil TNB, Jangan Tambah Beban Rakyat Kata Zahid

  • June 14, 2020 at 21:22
    Permalink

    bukan tk boleh buat… Tp kerajaan ada duit ka skg ni… Tngu lg [email protected] thun ja lg… Sat saja. Pjam celik dh nk kna undi plk. Dan la ekonomi pulih…

    Reply
  • June 15, 2020 at 12:44
    Permalink

    Bil aq dekat 300 kot spjng pkp sakit ati oo

    Reply

Leave a Reply