Kedai serbaneka, jual makanan boleh beroperasi hingga tengah malam.

Kerajaan hari ini membenarkan kedai serbaneka dan runcit, restoran dan gerai makan, dan semua perniagaan menjual makanan beroperasi sehingga 12 malam.

Keputusan mesyuarat khas menteri ini ketika negara akan memasuki tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) esok.

“Namun harus ditegaskan penjarakkan sosial perlu diamalkan sentiasa dan juga kebersihan diri,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Gerai di kawasan R&R juga dibenarkan beroperasi, tambahnya.



Sementara itu, kerajaan juga membenarkan surau di pusat membeli-belah dan di kawasan rehat dan rawat (R&R) dibuka semula, tertakluk kepada tatacara operasi standard berkaitan.

Perkembangan ini sejajar dengan kelonggaran bagi solat berjemaah dalam tempoh PKPP yang diumumkan baru-baru ini.

“Mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau-surau perlulah mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial,” katanya.

Sementara itu, Ismail mengumumkan zoo juga dibenarkan buka semula bermula esok, selepas menerima SOP yang dibangunkan Zoo Negara bersama zoo lain.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker