Duit sudah dibayar, durian tak muncul-muncul

 

Beberapa pembeli durian secara online di Vietnam menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan selepas membuat pemindahan wang kepada penjual, lapor portal berita VN Express kelmarin.

Buah durian tersebut dijual pada harga 35,000 dong Vietnam (RM6.59) bagi setiap kilogram (kg).



Menurut seorang pembeli, Hoang Anh, dia memindahkan wang sebanyak 7 juta dong (RM1,318) kepada penjual untuk membeli sebanyak 200 kg buah durian Ri 6, tetapi penjual tersebut kemudian tidak dapat dihubungi.

Seorang lagi pembeli di Hanoi yang dikenali sebagai Lan berkata, penjual turut menghantar video yang menunjukkan buah durian dipotong. Disebabkan itu, dia memindahkan wang 10 juta dong (RM1,883) kepadanya tetapi tidak pernah menerima buah tersebut.

Gambar penjual itu di online ternyata palsu dan video yang ditunjukkannya sebenarnya diambil daripada seorang lagi peniaga yang sah di selatan Vietnam.

Salah seorang penjual sebenar, Dang Manh Khuong berkata, dia telah menerima aduan penipuan sejak minggu lalu kerana penipu tersebut mencuri maklumat peribadinya dan menggunakan namanya di media sosial untuk menipu pembeli.



“Tiada durian berharga 35,000 dong (RM6.59) satu kg pada masa ini,” katanya.

Ladang di selatan Vietnam menjual durian pada harga 80,000 dong (RM15.07) sekilogram untuk kualiti terbaik dan yang paling murah dijual 55,000 dong (RM10.36) setiap satu kg. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker