Covid-19 : 277 kes baru hari ini.

Share

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 277 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,247 orang sehingga kini.

“Sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat 277 kes baru yang telah dilaporkan. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah hanya 4 kes.

“Kes penularan di kalangan bukan warganegara adalah 271 kes, manakala terdapat 2 kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Hisham berkata 270 kes dalam kalangan bukan warganegara adalah dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, daripada sampel ulangan orang kena tahan (OKT) yang dikuarantin di DTI itu.

“Mereka terdedah kepada kes positif sebelum ini.

“Manakala 1 kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu,” katanya.

Ketika ini, seramai 1,573 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 6 di unit rawatan rapi dengan 2 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 28 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 6,559 orang sehingga kini.

FMT

Leave a Reply