Mahathir ucap selamat kembali kepada Shahruddin.(video)

Anggota parlimen Bersatu Shahruddin Salleh mengadakan pertemuan singkat dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur petang ini.

Mesyuarat diadakan setelah Ahli Parlimen Sri Gading itu meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri kerja raya, hari ini.

Ditemui oleh Malaysiakini ketika meninggalkan bangunan itu, Shahruddin mengesahkan pengunduran dirinya tetapi tidak memberi jawapan yang tepat tentang sama ada dia masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional atau tidak.

“Lain kali jawab soalan media,” katanya.

Walaupun tidak berterus terang menjelaskan pendiriannya sekarang, video berdurasi 51 saat yang disiarkan di akaun Twitter Dr Mahathir membayangkan bahawa beliau telah menukar kem.

Video itu diberi judul “Selamat Kembali.

Sebelum Shahruddin memasuki bangunan itu, Malaysiakini turut melihat kenderaan milik setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan setiausaha organisasi parti tersebut Anthony Loke meninggalkan premis tersebut.

Sebelum ini, spekulasi pengunduran Shahruddin tersebar susulan kenyataan media yang memetik ahli parlimen Sri Gading itu sebagai berkata beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN.

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14.

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” katanya.

Malaysiakini hari ini juga menerima satu kenyataan yang didakwa dari Shahruddin kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa beliau akan “kekal duduk di kerusi backbenchers PN..

Bagaimanapun, kesahian kenyataan itu tidak dapat disahkan.

Sekiranya Shahruddin menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, gabungan yang baru lahir itu akan ditinggalkan dengan kelebihan hanya satu kerusi sahaja.

Bersatu kini berhadapan krisis dalaman antara Muhyiddin, yang adalah presiden parti, dan Mahathir, selaku pengerusi.

Berdasarkan tempat duduk sidang Parlimen terakhir pada 18 Mei, PN hanya memiliki majoriti dua kerusi sementara Pakatan Harapan memberi bayangan bahawa ia memiliki sejumlah kerusi yang mencukupi untuk merampas kembali Putrajaya.

PN menerajui Putrajaya susulan rampasan kuasa pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Harapan, yang menyaksikan kerajaan persekutuan PH yang memerintah selama 22 bulan itu tumbang.

Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan setelah membentuk pakatan PN dengan Umno, BN, PAS dan GPS.

Mkini

Shahruddin letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Pru menanti.

Kadir dakwa mesyuarat MPT Bersatu malam ini tidak sah.

Related Articles

2 Comments

  1. Sebagai seorang rakyat saya berpendapat wakil rakyat ini takde berpendirian dan tidak boleh dipercahayai. Jenis suka lompat partai. Harapan saya kepada Tun M & TSMY fikir2kanlah……..

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker