Tembelang Mahathir Pecah Lagi: “Halang Anwar Sebagai PM 8 Tapi Jangan Kaitkan Saya”

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ntr3nIATeFs[/embedyt]

Dengarkan pendedahan terbaru mantan Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, bahawa Tun Dr Mahathir memang mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan beliau untuk menyekat kemaraan DAP dan menghalang Datuk Seri Anwar daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Kepada pertanyaan Minaq Jinggo berbunyi “Semalam Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dalam sidang medianya telah mendedahkan bahawa Tun meminta beliau untuk menggerakkan penyatuan Melayu dalam usaha mengekang kemaraan DAP, apa komen Saudara?”, inilah jawapan Zahid Mat Arip:

“Sukacita saya mengesahkan apa yang disebut oleh Datuk Seri Hamzah itu tepat, benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka, kerana saya terlibat membantu beliau dalam menjayakan cita-cita Tun ini. Bukan itu saja, saya jugak terlibat untuk mengatur pemimpin-pemimpin politik Melayu berjumpa Tun dua tiga kali, bukan di pejabat tapi di rumah Tun, dan dalam setiap pertemuan itu pemimpin-pemimpin politik Melayu ini mengambil masa sehingga sejam lebih, sejam lebih, sejam lebih, jadi kalau sekali jumpa mungkin kunjung hormat tapi kalau dah dua tiga kali jumpa itu bukan kunjung hormat, itu ada perbincangan tertentu bagi menjayakan cita-cita Tun.

Tidak hanya menyekat kemaraan DAP, Tun jugak tidak mahu Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, itu yang paling penting. Saya tanyakan Tun terus-terang, Tun nak Anwar atau tidak, Tun geleng kepala. Saya kata, kalau begini makna kita kena buat sesuatu langkah, langkah-langkah politik, sebagai ahli politik kita ambil langkah-langkah politik. Tun kata, buatlah apa saja tapi jangan kaitkan nama beliau.”

Lagi PKR mahu percaya kat Tun Dr Mahathir kah?



Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

One Comment

  1. DAP mahu pengaruh Tun utk DPT kuasa semula dan mahu Tun jadi PM lagi.PKR mahu DSAI jadi PM,mungkin PKR takut PD DAP ,Abang Besar,dan akan terpaksa ikut telunjuk DAP.Bermakna DSAI jadi PM tepi selamanya.Bangunlajh YB DSAI,jgn mengalah,bertegas,akan segera jadi PM.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker