Biarlah Ianya Berlalu, Najib Razak Maafkan Murali Abdullah

Share

Tidak mengapa. Saya maafkan.

Saya tetap Najib Razak. Najib Razak yang memahami.

Dahulu, saudara Murali Abdullah antara yang menaruh harapan dengan PH dan termakan fitnah PH terhadap saya.

Dia sendiri beritahu “Saya telah diperbodohkan oleh PH”.

Datang berjumpa saya tengah hari tadi untuk meminta maaf dan berkenalan.

Rakyat semua yang pernah jumpa saya dan kenal saya, atau baca FB saya, mereka tahu siapa Najib Razak.

Jauh sekali dari apa yang PH kata, apa yang PH fitnah, apa persepsi yang PH mainkan terhadap saya.

Ya benar. Setiap manusia sudah tentu ada silap salahnya. Setiap manusia tidak sempurna.

Saya tidak terkecuali.

Maafkan saya jika saya ada kekurangan dan kelemahan.

Yang sempurna hanya Allah SWT.

Saya yakin jika kita bersama dan sama-sama berusaha, kita akan dapat mara ke hadapan.

Selamat Hari Raya, saudara-saudari semua.

Maaf Zahir dan Batin .

FB : Najib Razak

Terdahulu :  https://mykmu.net/2020/05/26/selepas-rpk-kini-giliran-pengarah-drama-filem-pula-memohon-maaf-kepada-bossku/

Leave a Reply