‘Pesakit Covid-19 akan discaj lepas 14 hari, walau masih diuji positif’

Berikutan maklumat terbaru daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia akan mengubah protokol rawatan Covid-19.

Pesakit akan didiscaj dari hospital setelah 14 hari walaupun mereka positif virus tersebut dan kemudian akan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Protokol baru ini dirangka kerana tahap kebolehjangkitan pesakit didapati menurun selepas dua minggu, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

“Mengikut laporan WHO kalau mereka telah melepasi tempoh 14 hari, kebolehjangkitan mereka adalah sifar.

“Jadi dengan maklumat terbaru yang kita dapati, kalau selepas 14 hari walaupun (ujian) RT-PCR adalah positif, kita boleh discaj pesakit tersebut.

“Ini tindakan yang baru, ataupun maklumat yang terbaru kita dapati.

“… dan juga akan mengubah protokol kita menguruskan pesakit-pesakit yang positif,” katanya pada sidang media harian Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Katanya, hasil positif daripada ujian RT-PCR yang diperolehi selepas 14 hari disebabkan pengesanan terhadap “virus yang sudah mati, tapi fragmen itu masih dikesan.”

“Jadi kalau (pesakit) positif lemah, dia tidak menjangkiti. Kebolehjangkitan itu kurang ataupun hampir sifar,” katanya.

Setakat ini, pesakit Covid-19 di Malaysia didiscaj selepas diuji negatif sekali menggunakan kaedah RT-PCR, tanpa mengira tempoh rawatan yang telah dijalani pesakit itu.

Mkini

Related Articles

One Comment

  1. aikk?
    “mengesan virus yang sudah mati” ??

    Virus tu benda hidup ke? Setahu aku virus tu tak bernyawa.

    Ujian ini pun kelihatan banyak keraguannya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker