Anwar mahu polis bertindak tegas terhadap keganasan

Anwar mahu polis bertindak tegas terhadap keganasan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.

Mengulas serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi ini, Anwar berkata beliau menyokong segala usaha dilakukan polis dan meminta rakyat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.



“Soal keamanan kita tidak tolak ansur, kerajaan akan tegas. Nyawa rakyat adalah keutamaan kita, tiada maknanya kemajuan kalau keamanan tidak dikawal. Tindakan keras akan diambil bagi menghentikan kegilaan (keganasan) ini dan saya menyokong penuh langkah diambil polis.

“Minta rakyat beri kerjasama, sentiasa berwaspada dan jangan bagi peluang kepada golongan jahat ini,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan.

Dua anggota polis dan seorang suspek maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi tadi, manakala seorang lagi anggota polis cedera.

Anwar berkata, perkara lain yang juga perlu diatasi dengan tegas tanpa berkompromi termasuk perbuatan mereka yang memainkan isu kedudukan raja Melayu.



“Tahniah kepada polis, kita mahu tindakan tegas, tiada tolak ansur, kerana kita mahu negara dihormati. Bila negara dihormati dunia, ekonomi akan meningkat,” katanya. FMT

Anwar mahu polis bertindak tegas terhadap keganasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker