Jangkitan Covid-19 kluster Pedas catat 52 kes baru

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat pertambahan 52 kes baru positif Covid-19 yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan kluster Pedas sebagai kluster aktif dengan jumlah keseluruhan 60 kes positif Covid-19.

“Kes positif kluster ini melibatkan 7 warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara, iaitu 25 warga Nepal, 18 Bangladesh, 8 Indonesia dan 2 kes warga Myanmar.

“Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan,” katanya pada sidang media harian beliau di sini hari ini.



Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kluster Pedas mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang di situ didapati tidak sihat dan mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April lalu.

Beliau berkata, individu tersebut telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian Covid-19 dijalankan pada 10 April lalu.

“Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan Covid-19 disahkan positif.

“Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat kakitangan tersebut dijalankan. Sehingga hari ini, seramai 786 orang disaring untuk Covid-19.



“Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 268 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, 2 kluster tamat tempoh pemantauan, iaitu kluster majlis perkahwinan Bandar Baru Bangi dam kluster Selayang.

Katanya, tiada kes baru dilaporkan bagi 2 kluster itu untuk tempoh 28 hari.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker