Mahdzir Khalid dilantik pengerusi TNB

Share

Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dilantik sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 12 Mei ini menggantikan Ahmad Badri Mohd Zahir.

Dalam satu kenyataan, TNB berkata Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik negara kerana beliau merupakan timbalan menteri tenaga, teknologi hijau & air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai menteri pendidikan sehingga 2018.

Mahdzir yang merupakan bekas menteri besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008 mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menjadi pengerusi MADA (Muda Agricultural Development Authority) dan KEDA (Kedah Regional Development Authority), selain timbalan pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia).

Presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, beliau mewakili ahli lembaga pengarah, pengurusan serta seluruh warga kerja TNB mengalu- alukan pelantikan Mahdzir yang berpengalaman luas dan tidak asing dengan industri tenaga elektrik.

“Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Badri yang sebelum ini adalah ahli lembaga pengarah TNB mewakili Kementerian Kewangan sejak 2018,” katanya.

Amir berkata kepimpinan, bimbingan, ilmu, nasihat dan komitmen yang beliau sumbangkan sepanjang perkhidmatan memberi manfaat kepada semua.

FMT

Leave a Reply