145 pekerja binaan larikan diri selepas ujian Covid-19

Sekumpulan pekerja asing menghilangkan diri selepas ujian saringan dilakukan ke atas mereka yang menjadi kontak kepada pekerja dijangkiti Covid-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy di ibu negara.

Sumber berkata, 145 pekerja melarikan diri dari tapak pembinaan itu.

“Mereka melarikan diri selepas pasukan perubatan melakukan ujian saringan dan ketika polis dalam perjalanan untuk mengepung kawasan itu,” katanya kepada FMT.



Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa mempunyai butiran mereka yang diambil ketika ujian saringan dan keputusannya mungkin diketahui hari ini.

Beliau memberitahu FMT, satu laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu dan 11 pekerja berjaya ditahan.

FMT cuba menghubungi polis mengenai kes itu.

Sementara itu, pihak bertanggungjawab berhubung keadaan itu dijangka mengadakan pertemuan hari ini.



Terdapat kira-kira 400 pekerja di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang dikenakan perintah kawalan pergerakan disasarkan semalam. Kebanyakannya ialah warga asing.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata 28 pekerja asing yang disahkan positif Covid-19 dihantar ke hospital dan selebihnya menjalani kuarantin ketat di sebuah hotel.

FMT

2 pekerja Indonesia larikan diri selepas jalani ujian Covid-19 di Kuching



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker