Kami hanya nasihat kerajaan tentang perkembangan Covid-19, KP Kesihatan jawab Kit Siang

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ia hanya menasihati kerajaan berhubung perkembangan jangkitan Covid-19, bukannya urusan lain seperti persidangan Parlimen.

Ini susulan pertanyaan ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang sama ada KKM menasihatkan perdana menteri supaya tidak mengadakan persidangan Parlimen pada 18 Mei depan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, nasihat KKM adalah berdasarkan data dan fakta, misalnya sama ada jumlah kes meningkat atau atau tidak dan juga kadar jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Itu peranan kami. Selain daripada itu, berada di luar (peranan) kementerian untuk memberi nasihat berhubung hal-hal polisi dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.



Lim berkata, beliau “agak skeptikal” bahawa idea persidangan Parlimen 1 hari pada 18 Mei itu datangnya daripada KKM.

Noor Hisham berkata, seperti institusi lain, mereka yang menghadiri sidang Parlimen dikehendaki melalui imbasan thermal dan mengekalkan jarak sosial.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sudah menjadi kebiasaan bekalan darah di hospital berkurang pada bulan Ramadan setiap tahun.

Bagaimanapun, beliau menyeru orang ramai yang ingin menderma darah untuk tampil tanpa berasa khuatir tentang sekatan jalan raya dan sebagainya.



Katanya, ini kerana mereka yang ada urusan di hospital tidak mempunyai masalah untuk melalui sekatan jalan raya.

“Kita (KKM) dah bincang dengan ketua polis negara bagi sesiapa yang nak pergi hospital, tak ada isu.

“Kita akan bagi surat (atau) kempen derma darah dan sebagainya.”

Beliau juga berkata, sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuatkuasa, permintaan ke atas bekalan darah berkurangan kerana kadar kemalangan dan kes trauma di wad kecemasan juga menurun.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker