Langgar PKP: Timbalan menteri, exco Perak didakwa di mahkamah esok

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan anggota exco kerajaan negeri Perak Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP), kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perak.

Anuar Othman berkata, 2 pemimpin itu akan didakwa di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Noor Azmi dan Razman akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik pagi esok.

Terdahulu, beberapa gambar beliau sedang makan tengah hari yang dimuat naik Noor Azmi di Facebook sempena lawatannya ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada 17 April tular di media sosial dan status berkenaan mendapati reaksi warganet yang mendakwa beliau melanggar PKP yang dikuatkuasakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Noor Azmi bagaimanapun memohon maaf dan mengakui kesilapan berhubung kehadirannya itu selepas beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak juga memohon maaf secara terbuka menerusi laman Facebooknya dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Terdahulu Ketua Polis Perak Razarudin Husain dipetik sebagai berkata bahawa siasatan awal mendapati Noor Azmi sebelum itu meninjau kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong atas kapasitinya sebagai timbalan menteri kesihatan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker