MITI tutup sementara permohonan syarikat teruskan operasi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menutup sementara sistem permohonan untuk syarikat meneruskan operasi bermula jam 2 petang sehingga jam 4 petang.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata langkah tersebut diambil berikutan aliran trafik ke portal MITI mencecah 176,000 pengguna dalam tempoh masa dua jam pertama sejak permohonan untuk syarikat meneruskan operasi dibuka pada jam 9.00 pagi hari ini.

“MITI mendapati bahawa majoriti pelawat ini bukan syarikat tetapi individu yang mengakses portal MITI. Jumlah pelawat yang terlalu tinggi ini adalah tidak selari dengan jumlah syarikat dalam sektor yang telah diluluskan.

“Justeru itu, MITI akan mengkonfigurasikan semula sistem permohonan bagi memastikan hanya syarikat dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja boleh mengakses sistem permohonan tersebut,” kata kementerian itu.



Menurut MITI, sistem permohonan berkenaan akan kembali berfungsi pada jam 4 petang melalui laman web MITI https://application.miti.gov.my.

MITI turut mengingatkan syarikat yang sedang membuat pendaftaran agar memastikan maklumat syarikat mereka disimpan sebelum jam 2 petang.

Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker