Covid-19 : 2 kematian, 109 kes baru

2 korban baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 67 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 109 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, berbanding 156 semalam.

Dalam pada itu, seramai 121 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan keseluruhannya 1,608 orang sehingga kini.

Setakat hari ini, seramai 2,553 orang masih dirawat. Seramai 72 orang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi.



“Daripada jumlah itu 43 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 4,228 orang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker