KKM kesan 5 kluster terbesar jangkitan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan sebanyak 5 kluster terbesar jangkitan Covid-19 sudah dikenalpasti, sehingga kini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, KKM berkata kluster pertama melibatkan perhimpunan tabligh di Sri Petaling dengan 1,682 kes.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kira-kira 3,400 peserta tabligh masih belum menjalani ujian saringan virus berkenaan.

Kluster ke-2 melibatkan persidangan keagamaan di Kuching, Sarawak dengan 112 kes dan 2 kematian.

Sementara itu, kluster ke-3 dikesan daripada majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi dengan 94 kes. Sehingga kini, masih belum ada kematian direkodkan bagi kluster berkenaan.

Seterusnya, kluster ke-4 melibatkan individu yang mempunyai sejara perjalanan ke Itali.

Sehingga kini, sebanyak 41 kes positif Covid-19 dikenalpasti daripada kluster tersebut dengan 5 kematian.

Bagi kluster ke-5, ia melibatkan sub-kluster di daerah Rembau, Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Semalam, Noor Hisham memaklumkan kluster itu mula dikesan apabila keputusan ujian Covid-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah.

Jelasnya, penularan itu dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ia dihadiri kes indeks (kes ke-448) yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan tabligh tersebut.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker