PM terima derma dari 4 syarikat untuk Tabung Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM4.6 juta untuk Tabung COVID-19 daripada empat syarikat, menjadikan jumlah terkumpul wang tunai tabung itu sebanyak RM19.52 juta setakat ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad, mewakili Perodua menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM2 juta kepada Perdana Menteri.

Sapura Holdings Sdn Bhd yang diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shahril Shamsuddin, turut menyampaikan sumbangan RM1 juta.

Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd pula menyumbang RM1 juta yang disampaikan kepada Muhyiddin oleh Pengarah Eksekutifnya, Ng Lee Tieng.



Kwong Wah Yit Poh Press Berhad yang diwakili Penolong Ketua Pengarangnya, Jimmy Ng, menyumbang RM600,000.

Sumbangan wang tunai RHB dikreditkan dalam Tabung Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumbangan Mah Sing Group disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum.

Replika cek sumbangan wang tunai dan ventilator disampaikan kepada Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.



Sumbangan yang diterima dari keenam-enam syarikat hari ini ialah sebagai tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani wabak COVID-19. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker