Menteri muda Sarawak positif Covid-19

Menteri Muda Pengangkutan Dr Jerip Susil kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching setelah disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu dimasukkan ke hospital malam semalam.

“Memang sah. Saya sekarang di HUS dan telah dikuarantin sejak malam tadi sehingga 14 hari,” katanya.

Jerip menjelaskan bahawa dia dijangkiti selepas mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada kluster gereja Good News Fellowship Conference Church.

Tambahnya, salah seorang pekerjanya berkontak rapat dengan pesakit positif dari kluster terbabit lalu terkesan kepadanya.

The Borneo Post turut melaporkan bahawa timbalan ketua menteri Sarawak Douglas Uggah Embas kini diarahkan untuk kuarantin diri sendiri setelah didapati berkontak rapat dengan Jerip melalui mesyuarat tersebut.

Pegawai akhbar kepada pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak itu, Edward Subeng turut mengesahkan bahawa beliau dan Unggah diarahkan kuarantin diri selama 14 hari.

Portal atas talian tersebut juga melaporkan bahawa ahli jawatankuasa pengurusan bencana negeri lain yang menghadiri mesyuarat bersama Jerip turut mendapat notis kuarantin diri.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker