235 kes baru Covid-19

Share

Sebanyak 235 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, berbanding 172 kes semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 2,031.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga mengumumkan 2 mangsa meninggal dunia hari ini, selepas 1 kematian membabitkan seorang warga emas berusia 63 tahun dilaporkan pagi tadi.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia 23 orang.

Hisham turut memaklumkan, terdapat 16 kes yang pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang pulih 215 orang.

“Sehingga kini seramai 45 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu 32 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

FMT

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!