41 kes baru Covid-19, jumlah dirawat kini 203 orang

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 41 kes jangkitan terbaru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 238 kes direkodkan di negara ini.

Kementerian Kesihatan berkata, ini menjadikan 203 orang sedang dirawat di hospital dengan lima pesakit berada di bawah unit rawatan rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua lagi pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Mereka adalah pesakit kes ke-35 dan dan 61, yang menjadikan jumlah keseluruhan 35 orang pulih sepenuhnya.



Sementara itu menerusi Twitternya, Noor Hisham memaklumkan bahawa Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur ditutup sementara kepada orang ramai.

Beliau kemudian mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa masjid berkenaan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan, sebelum dibuka semula.

“Pelajar dan jemaah tabligh yang sedia ada dalam masjid juga telah diletakkan di bawah perintah home surveillance. Disinfeksi juga telah dilaksanakan,” katanya di Twitter.

Kementerian Kesihatan sebelum ini menganggarkan seramai 16,000 menghadiri program ijma tabligh di masjid berkenaan dari 27 Feb hingga Mac 1.



Daripada jumlah itu, kira-kira 14,500 dipercayai adalah rakyat Malaysia.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker