#PAU2019 : Asyraf Bangga Dengan Pembahas, Banyak Cadangan Diutarakan Termasuk Tawaran Baru

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa bangga dengan perwakilan pergerakan itu yang setia sehingga selesai persidangan dalam usaha mendengar segala input dan segala yang dilontarkan oleh wakil-wakil pembahas.

Menurut beliau walaupun ada sedikit laporan yang mengelirukan berkenaan kehadiran perwakilan, sekalung tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak yang menjayakan perhimpunan berkenaan.

“Terima kasih kepada wakil Majlis Tertinggi, urusetia dan terima kasih juga kepada pihak media kerana saya lihat daripada pagi sampai petang mereka keluarkan macam-macam berita untuk kita.”

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.



Tambahnya lagi beliau meneliti dengan dekat apa yang diutarakan oleh setiap pembahas negeri.

“Saya meneliti dengan dekat segala cadangan-cadangan daripada pembahas-pembahas negeri dan semuanya bagus-bagus. Saya sebut kepada rakan-rakan tadi, saya kira tahun ini pembahas-pembahas dipilih oleh negeri-negeri adalah antara yang terbaik dan penuh berkualiti. Banyak cadangan yang baik dan saya kira boleh lakukan terus termasuklah dengan cadangan tawaran baru,” tambahnya. – UMNO Online

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker